Monday, 4 June 2012

Remaja! Jom Muhasabah!


Firman Allah S.W.T:
”[1]Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;”
(Surah Al-Mu’minun 23: 1-9)
Remaja. Ya, anda.  Jom! Mari kita sama-sama bermuhasabah. Melalui garis panduan yang telah Allah tunjukkan kepada kita dalam 9 ayat daripada Surah Al-Mu’minun ini, dapatlah kita sama-sama melihat. Muhasabah kembali. Apakah kita layak menjadi orang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya?
Di ayat yang pertama lagi. ”Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,”  kita telah mampu membuat gambaran melalui first impression, dan menambah keyakinan dalam hati kita bahawa agama Islam merupakan agama yang sempurna. Tiada yang perlu diragui lagi. Tak dapat disangkal lagi. Yakinlah wahai remaja sekalian! Islam bukanlah agama yang mengongkong kita. Islam juga bukanlah agama yang ekstrim. Malah, Islam adalah cara hidup. Mari kita perhatikan Firman Allah S.W.T yang berikut:
”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan menyeluruh”
(Al-Baqarah 2: 208)
Ramai dalam kalangan kita yang solat. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita ”Aku menunaikan solat, tapi mengapa aku masih sukar atau sering melakukan ma’siat, sedangkan Allah pernah berfirman:
 “ Dirikanlah solatsesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)
Sahabat sekalian, mari mencari jawapannya. Saya percaya anda sendiri sudah sedar bukan? Perhatikan kembali ayat kedua dalam Surah Al-Mu’minun tadi. “ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” Khusyuk kah kita dalam solat? Cuma kita sendiri yang dapat menilainya.
Oleh itu sahabat, disinilah pentingnya ilmu. Memperbaiki cara solat kita. Janganlah biarkan pemikiran kuno mempengaruhi kita. Pemikiran seperti  ”Tiada ustaz yang nak ajar kami, jadi kami tak tahu. Tak apa, sesungguhnya  Allah Maha Mengasihani, Allah tidak menyeksa hambanya yang tak tahu. Allah itu tidak zalim. Tak Mengapa.”
Benar, Allah tidak zalim. Tapi sahabat, bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di zaman ini. Menuntut ilmu tidaklah sesukar para ulama dahulu. Walaupun dalam ketika kerosakan ummah sedang berlaku, ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menuntut dan mencari ilmu agama bagi memantapkan akidah dan ibadah kita. Juga, ketahuilah bahawa menyempurnakan solat kita juga merupakan satu tuntutan. Inisiatif perlu diambil bagi mencari ustaz atau guru untuk mengajar kita dalam hal ini. Ingatlah, ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Tiada kejayaan yang datang dengan sendiri. Allah S.W.T berfirman:
”Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)”  (An-Najm 53: 39-40)
Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita melalui kaedah bermuhasabah ini. Sedarkah kita, bahawa kitalah generasi yang akan menerajui perjuangan Islam dan pelapis pemimpin negara setelah perginya pemimpin-pemimpin yang dihormati sekarang. Sahabat, mungkin kita semua perlu menjadi pakar dalam bidang masing-masing seperti Pakar Teknologi, Pakar Math, Pakar Biologi, Pakar Fizik, Pakar Kimia dan lain-lain. Kita harus bergabung bagi membentuk sebuah empayar Islam yang baru! Generasi dahulu telah membuktikannya! Takkan kita hanya hanyut dan lena dibuai kisah cinta sahaja?
Remaja! Jom Muhasabah - OhIslam.com
Mari kita soroti kembali kisah kejayaan seorang tokoh ilmuwan Islam yang tak asing lagi bagi kita. Beliau adalah Ibnu Sina. Ibnu Sina atau dikenali sebagai  Avicenna di Negara Barat telah mengkhatamkan hafazan Al Quran pada usia yang sangat muda dan telah dapat menjaganya dengan baik pada usia 10 tahun. Kegigihan beliau dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya karya yang sangat terkenal dan menjadi sumber rujukan selama berabad-abad iaitu Qanun fi Thib (Canon of Medicine). Ibnu Sina  telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku “Metafizik Aristotle” sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.
Seperti ilmuwan lain Ibnu Nafis, Ibnu Sina, Al-Batani, Newton, Einstein, Kepler, Plato, Aristotle dan ramai lagi ahli ilmu, ahli falsafah dan ahli fikir memulakan aktiviti saintifiknya dengan berfikir. Genius ini ialah memiliki kekuatan berfikir yang luar biasa. Bila melihat langit, bintang-bintang, system cakerawala, hujan yang turun, petir dan  kilat yang sambar menyambar, sakit dan kematian, ia mendorong mereka berfikir. Hasil daripada pemikiranlah yang melahirkan tanggapan dan kesimpulan terhadap sesuatu. Daripadanya, suburlah ilmu dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna.
Mari kita sama-sama menghayati Firman Allah S.W.T:
“dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKu”
(Az-Zariyat 51:56)
Hakikatnya, setiap apa yang kita lakukan adalah untuk Allah. Setiap kejayaan yang diraih. Setiap kegagalan yang menduga. Setiap nikmat yang dikurniakan. Setiap musibah yang melanda. Semuanya telah Allah tetapkan. Semua itu adalah dalam pengetahuanNya. Redha dengan ketentuanNya merupakan satu kekuatan yang amat besar. Satu kisah yang diceritakan, bahawa si fulan bertanya kepada seorang kanak-kanak  yang kematian ayah kandungnya di Afghanistan akibat ditembak oleh musuh Allah, “Kamu tak sedihkah? Sedangkan ayah kamu mati ditembak oleh musuhNya?” Kanak-kanak itu menjawab tanpa ada riak sedih pada wajahnya “Tak. Ayah aku tak mati. Dia cuma pergi berjumpa Allah di alam lain”. Subhanallah. Sebegitu kuat keyakinannya terhadap agama ini. Walaupun pada kebiasaannya, seorang kanak-kanak seusia 8 tahun itu akan menangis meratapi pemergian ayahnya. Tetapi tidak pada kenak-kanak ini.  Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup tapi kamu tidak menyedarinya” (Al-Baqarah 2 : 154)
Akhir kalam, saudara sekalian. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepadaNya kerana masih dikurniakan nikmat paling besar dalam kehidupan insan. Tanpanya, kehidupan insan itu tak lagi bernilai. Itulah nikmat iman. Marilah kita mengukuhkan iman dengan ketaatan kepadaNya.
Semoga apa yang kita perolehi, dapat sama-sama kita amal dan sampaikan. InyaAllah.
Wallahu a’lam.
Share437

Sebelum nie asyik ngeri jer...nie dia LAWAK HARI INI

1. HALF BROTHERS 
Maria a beautiful Latino fell in love with Jose. She planned to marry very soon. She was so happy about her wedding plans, she decided to tell her papa. Papa told her, "Maria, you'll have to find another boyfriend. Your Mother does not know this, but Jose is your half-brother". So Maria forgot about her Jose, and soon planned to marry Ricardo. But after telling papa again, he said, "Maria there's trouble still. You cannot marry Ricardo, my darling. Please don't tell your mother, but Ricardo is your half-brother too."

Maria had no choice but to go to her mama. Mama already knew and said "My darling, do what makes you happy. Marry Ricardo or marry Jose, because you are not related to Papa." 

2. LAWYERS 
A man went to his lawyer and told him "My neighbour owes me $500 and he doesn't want to pay up. What should I do? 
"Do you have any proof ?",asked the lawyer.

"Nope," replied the man.

"Okay, then write him a letter asking him for the $1000 he owed you," Said the lawyer.

"But its only $500!" replied the man.

"Precisely, that's what he will reply and we will have the proof we need," said the lawyer. 

------------ --------- --------- --------- --------- ------- 

The professor of a contract law class asked one of his better students, "If you were to give someone an orange, how would you go about it?"

The student replied, "Here's an orange."

The professor was outraged. "No! No! Think like a lawyer!"

The student then replied, "Okay. I'd tell him 'I hereby give and convey to you all and singular, my estate and interests, rights, claim, title, claim and advantages of and in, said orange, together with all its rind, juice, pulp, and seeds, and all rights and advantages with full power to bite, cut, freeze and otherwise eat, the same, or give the same away with and without the pulp, juice, rind and seeds, anything herein before or hereinafter or in any deed, or deeds, instruments of whatever nature or kind whatsoever to the contrary in anywise notwithstanding. 

------------ --------- --------- --------- --------- -------

A dog ran into a butcher shop and grabbed a roast off the counter. Fortunately, the butcher recognised the dog as belonging to a neighbour of his. The neighbour happened to be a lawyer. Incensed at the theft, the butcher called up his neighbour and said, "Hey, if your dog stole a roast from my butcher shop, would you be liable for the cost of the meat?" The lawyer replied, "Of course, how much was the roast?" 

"$7.98." A few days later the butcher received a check in the mail for $7.98. Attached to it was an invoice that read: Legal Consultation Service: $150. 

------------ --------- --------- --------- --------- -------

The lawyer's son wanted to follow in his father's footsteps, so he went to law school. He graduated with honours, and then went home to join his father's firm.

At the end of his first day at work he rushed into his father's office and said, "Father, father, in one day I broke the accident case that you've been working on for ten years!"

His father responded: "You idiot, we lived on the funding of that case for ten years!" 


3.DURIAN VS. BELIMBING 
Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi di antara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Di kalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" Mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha Ha Ha, aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku, kan ? Silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelanggang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoi!! mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku…"

Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.

Read more: Aby RAd's blog: Lawak utk hari ini http://abyrad.blogspot.com/2008/05/lawak-utk-hari-ini.html#ixzz1wtA053zI

Kemalangan Ngeri (18SG)

Sori la..tak tau pula kejadian ni di mana dan tak ingat juga samada penah post kat sini ke tak.

Sesiapa yang lemah semangat di minta jangan klik link read more dan sila berhenti di sini






Aku terfikir gak..macam mana boleh ada kerusi baby tu..?? Mak dia melintas tengah highway ke?


Koleksi Misteri Penampakkan Hantu

Terpulanglah kepada anda sama ada ingin mempercayai atau tidak. Walau apa pun, alam ghaib memang wujud. Syaitan, jin, malaikat, syurga, neraka sememangnya wujud.






Ada lagi sambungan..








Read more: Aby RAd's blog: Koleksi Misteri Penampakkan Hantu http://abyrad.blogspot.com/2012/03/koleksi-misteri-penampakkan-hantu.html#ixzz1wt7EzHxP

Hidupan Laut Zaman Prasejarah

Berjuta-juta tahun dahulu sebelum wujudnya manusia, bumi ini didiami makhluk gergasi yang dikenali sebagai dinasour atau pun maknanya ialah cecicak gergasi. Di daratan boleh la kata dinasour kan, di laut? Haaa..tak sesuai dipanggil dinasour sebab cicak tak hidup dalam air. Dah tua bumi ni sebenarnya ye dan haiwan prasejarah pun dah banyak berevolusi menjadi haiwan masa kini yang lebih kecil mengikut peredaran masa.

Jom kita berkenalan dengan beberapa hidupan laut prasejarah. Belajar sejarah pula ye kita hari ini.


Squid (Sotong)

Sotong adalah cephalopods marin dalam order Teuthida, yang terdiri daripada kira-kira 300 spesies. Seperti semua cephalopods lain, sotong mempunyai kepala, simetri dua hala, mantel, dan lengan (sesungut). Seperti sotong yang ada pada zaman ini, ia juga mempunyai lapan tangan tersusun secara berpasangan dan dua sesungut panjang.

Berjuta-juta tahun yang lalu, makhluk laut prasejarah ini berenang di perairan bumi. Fosil haiwan-haiwan ini telah ditemui berhampiran Australia, Jerman dan di Barat terusan yang berhubungan dengan laut, lautan luas yang pernah membahagi Amerika Utara.


Bacculite

Juga disebut Amon lurus. Bacculite adalah moluska amon yang lurus dan bukannya memiliki cangkerang yang berbentuk spiral.


Caproberyx

Caproberyx merupakan genus ikan bertulang yang telah pupus yang hidup pada era Cretaceous di Afrika dan Eropah. Ia juga telah ditemui di Kansas, Amerika Syarikat.


Enchodus

Enchodus merupakan genus ikan bertulang yang telah pupus. Ia berkembang semasa era Upper Cretaceous dan ianya bersaiz kecil ke sederhana. Salah satu ciri-ciri genus yang paling ketara adalah "taring" yang besar di rahang atas dan bawah dan tulang lelangit, yang menyebabkan ia dikenali dengan nama samaran "the saber-toothed herring" di kalangan pemburu paleoichthyologists dan fosil.

Dengan taringnya bersama-sama dengan badan yang panjang dan matanya yang besar, menunjukkan Enchodus merupakan spesis pemangsa. Di Amerika Utara, fosil Enchodus dijumpai di Kansas, Nebraska, Colorado, Alabama, Mississippi, Georgia, Tennessee, Wyoming, Texas, California, dan New Jersey.


Bananogmius

Bananogmius merupakan genus ikan bertulang yang hidup pada lewat era Cretaceous. Ia tinggal di Seaway Interior Barat, di mana pada zaman itu Utara Amerika terbahagi kepada dua. Bananogmius mempunyai rahang yang rata dan plat palatine yang membantu ia menghancurkan mangsa kegemarannya, kerang dan moluska.


Temnodontosaurus

Dengan mata selebar 10 inci (25.4 sentimeter), Temnodontosaurus dapat melihat dalam keadaan gelap untuk memburu makanan. Temnodontosaurus merupakan ichthyosaur dari zaman Jurassic awal iaitu kira-kira 198 dan 185 juta tahun yang lalu (Hettangian - Toarcian), di Eropah (England & Jerman). Ia adalah genus yang besar, melebihi 12 meter (30 kaki) panjang.


Styxosaurus

Styxosaurus adalah reptilia laut berleher panjang yang boleh membesar sehingga 40 kaki (12 meter) panjang. Kira-kira separuh daripada panjangnya adalah lehernya. Styxosaurus merupakan genus Plesiosaurus daripada famili Elasmosauridae. Styxosaurus hidup pada zaman Santonian dan Campanian di era Cretaceous.


Squalicorax

Squalicorax merupakan genus yu lamniform yang telah pupus diketahui hidup dalam era Cretaceous. Rangka fosil Squalicorax (S. falcatus) sepanjang 1.9 meter telah ditemui di Kansas, bukti kehadirannya di Seaway Interior Barat.

Sejumlah besar fosil gigi telah ditemui di Eropah, Afrika Utara, dan lain-lain bahagian Amerika Utara. Daripada saiz gigi terbesar yang diketahui, ia dianggarkan bahawa Squalicorax pristodontus boleh membesar sehingga 5 m (16.5 kaki) panjang. Squalicorax adalah pemangsa dan juga pemburu. Ini dapat dibuktikan oleh gigi Squalicorax yang didapati tertanam dalam tulang metatarsal (kaki) dinosaur daratan, hadrosaurid yang mungkin mati di atas tanah dan dibawa ke dalam air. Sumber makanan lain termasuk penyu, mosasaurs, ichthyodectes dan lain-lain ikan bertulang dan makhluk laut.


Protostega

Protostega gigas merupakan spesies penyu laut yang telah pupus. Ia dijumpai buat pertama kalinya di Chalk Hill Smoky barat Kansas pada tahun 1871, dan dinamakan oleh ED Cope (1872). Dengan kepanjangan 3 meter (10 kaki), ia adalah penyu kedua terbesar yang pernah hidup selepas Archelon gergasi. Meskipun ukuran Protostega besar, ia adalah perenang yang sangat baik. Protostega memakan makhluk laut yang bergerak perlahan seperti obor-obor dan kerang.


Nothosaur

Nothosaur ialah reptilia marin sauropterygian pada era Triassic yang hidup seperti anjing laut pada hari ini, menangkap makanan di dalam air, kemudian naik ke darat dan bersantai di atas batu dan pantai. Purata panjang badan dan ekor Nothosaur adalah kira-kira 3 meter (10 kaki). Kakinya berbentuk seperti dayung dan berselaput untuk membantunya ketika berenang.

Nothosaurs terdiri daripada dua suborder; Pachypleurosaurs, kecil, berbentuk primitif dan Nothosaurs berkembang daripada pachypleurosaurs. Reptilia seperti Nothosaur adalah nenek moyang kepada plesiosaurs marin yang lebih lengkap, menggantikan mereka pada akhir era Triassic. Dengan kulit yang keras, ekor panjang, kaki pendek dan gigi yang tajam seperti jarum, Nothosaur menyerupakan buaya prasejarah.


Kronosaurus

Kronosaurus merupakan genus pliosaur berleher pendek yang telah pupus. Ia adalah antara pliosaurs terbesar dan dinamakan sempena ketua Titans Yunani, Kronos. Kronosaurus mempunyai empat sirip seperti dayung membantu ia bergerak di bawah permukaan air seperti penyu laut.


Gillicus

Gillicus arcuatus adalah agak kecil. Ikan ichthyodectid ini berukuran kira-kira 2 meter panjang dan hidup di Seaway Interior Barat (di mana sekarang ini adalah Amerika Utara tengah) pada lewat era Cretaceous.

Seperti saudaranya yang besar, Ichthyodectes ctenodon, G. arcuatus mempunyai gigi kecil dan banyak di rahang. Ia memakan ikan yang lebih kecil dengan menghisap mereka ke dalam mulut. Gillicus juga dimakan oleh relatif mereka sendiri, iaitu xiphactinus.


Read more: Aby RAd's blog: Hidupan Laut Zaman Prasejarah http://abyrad.blogspot.com/2011/07/hidupan-laut-zaman-prasejarah.html#ixzz1wt6P8L72

Tanda-Tanda Kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:


Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 Hari Sebelum Hari Kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada daripada Allah SWT mahupun daripada manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam




**Semua gambar di atas sekadar hiasan sahaja